Berbalik kepada cerita 'Mantra' nih, ada perkara istimewa yang diselitkan dalam filem ini. Shooting scene di 'Mantan' Penjara Pudu. Itu yang bagi lebih seram sejuk terkucil dsb.

(SPOILER!!)
Basically, cerita ni mengisahkan seorang anti-hero bernama Muzir yang terlalu sayangkan bini dia lalu terpaksa mengikut jalan kesetanan untuk mengubati isterinya yang terkena sihir orang. Disebabkan jalan kesetanan yang melampau dahsyatnya, dia dipenjara di Pudu Jail selama 10 tahun. Ingatkan nak bertaubat dalam jail tu, rupa-rupanya dia berkongsi cell ngan sorang dukun yang sangat 'angker'. Dukun nih lak boleh main cak-cak lak ngan muzir nih dengan harapan muzir nih akan mewarisi ilmu setan tahap ahli neraka nih. Mula-mula muzir nih taknak ilmu nih, tetapi setelah dia dapat sepucuk telegram untuk berpisah dari isteri dia, akhirnya dia mengalah pada situasi. Dia pun menuntut ilmu itu dengan sesatnya....
Selepas 10 tahun, dia pun 'pulang' ke kampungnya. Dengan berbekal dendam dan kepiluan, dia pun mencari tok dalang sebenar yang menyebabkan dia dipenjara. Lalu, berlakulah pertembungan antara 2 ilmu setan. Gedebak...gedebuk...gedebak...gedebuk...kuasa kebenaran juga yang menang. Dua2 mampus masuk neraka. yeaaaaa!!!!

Yang menariknya, mentera-mentera yang disebut adalah mentera-mentera yang benar2 wujud. Kalau kita recite dengan lidah dan hati, boleh datang perkara2 yang mistik nih. BAHAYA, JANGAN FOLLOW MANTRA TERSEBUT!!! Kalau nak juga...recitelah mantra di bawah, kurang power sikit...HAHAHAHAHA!!!!
AMACAM? ADA BERANI??Lir-kilir kilur kumbang, kumbangé janur
Cah cilik turu
kasur ibuné kondur
Le kondur wau dalu, dioyak gotsu
Gotsuné gotsu jénggot,
sing duwé sarbot
Sarbot sarbot séta, lé turu ngliga.
Nah, kat bawah nih trailer dia...layan...
">
No comments:
Post a Comment