Saturday, February 19, 2011

NAZI & CATHEDRAL OF LIGHT

Apakah Cathedral of Light Nazi??
Adakah ianya sebuah gereja dibina Nazi? Nama sebuah katedral di Jerman? Atau sebuah katedral yang bercahaya?

Jika anda berpendapat salah satu dari 3 di atas, anda SALAH!



Cathedral of Light SEBENARNYA satu aktiviti yang dilakukan NAZI di Nuremberg Rallies, Jerman! Dengan menggunakan 130 - 150 lampu cahaya anti-pesawat yang dihalakan ke langit, efeknya sungguh mengkagumkan sama ada dilihat dari dalam Nuremberg Rallies atau di luarnya!

Ilham tersebut datang dari Albert Speer, arkitek Nazi yang digemari Hitler, aktiviti cahaya ini dianggap salah satu hasil kerja Albert Speer yang terhebat!





Walau bagaimanapun, idea ini tidak disukai komander Nazi, Hermann Göring kerana dengan aktiviti cahaya ini, ia akan mendedahkan kepada musuh bilangan lampu anti-pesawat yang dimiliki Nazi namun ianya disanggah Hitler dengan mengatakan dengan aktiviti ini, ianya akan memberi maklumat palsu bilangan lampu anti-pesawat,



British Ambassador Sir Nevile Henderson menyebutnya sebagai "Cathedral of Ice". Efek ini dapat dilihat sejauh 100km!


Ratusan lampu yang kuat dihala ke langit mengikut formasi yang ditetapkan! Sungguh cantik!










Semasa penutupan Olympic Nazi 1936, Nazi menggunakan teknik pencahayaan ini di stadiumnya. Lihat video hitam putih ini cara bagaimana mereka menggunakan teknik tersebut.
Sungguh unik dan cantik!


2 comments:

Syed Azharul Asriq said...

copy past dari blog aku yer

ewan said...

rasanya tidak... ambil dari email2 yang orang hantar...kalau terambil minta maaf ye...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...