Simbol-simbol Mason juga dibina tepat mengikut rumus ini. Bangunan-bangunan berunsur Mason juga dibina tepat mengikut rumus. Maka sebab itulah pernah diberitahu kepada anda dalam artikel terdahulu iaitu tidak semua bangunan yang kelihatan bercirikan Mason atau piramid atau obelisk itu mampu menjana tenaga mistik. Rupa bentuk sahaja belum cukup untuk berfungsi secara mistik, ia perlu tepat dari segi kiraan reka bentuk. Ia perlu menepati titik nisbah kesempurnaan untuk berfungsi dengan baik.



Hasil-hasil kerja Leonardo Da Vinci juga menggunapakai rumus ini. Setiap kerja konspirasi menggunapakai rumus sempurna ini (meskipun dari segi penetapan tarikh sesuatu kejadian seperti 9-11 atau sebagainya) bagi memastikan segala tipu helah mereka berjalan dengan sempurna. Di sebalik penguasaan rumus ini, anda akan mampu membaca minda mereka untuk mengetahui kebarangkalian rancangan mereka yang selanjutnya atau anda juga boleh membaca minda sesiapa sahaja jika anda tahu menggunakannya. Ia kerana rumus ini sangat sempurna.
Disebabkan rahsia inilah umat manusia terus terbuai dalam perangkap nafsu-nafsi. Bukan salah rumus itu, tetapi puak-puak syaitan menyalahgunakan untuk kepentingan materialistik mereka dalam menyesatkan manusia. Minda menjadi lebih mudah dikawal dengan cara menguasai setiap titik yang berada dalam tubuh manusia menggunakan rangsangan luaran. Jika anda mampu menjaga titik-titik ini, tiada satu makhluk pun yang mampu menguasai jiwa anda.
Namun, terdapat satu lagi titik yang tidak boleh dihitung dengan ukuran sendi-sendi, sel-sel, pembuluh darah atau lain-lain organ manusia supaya tidak boleh dikuasai makhluk melainkan pemilik jasad itu sendiri yang berusaha memeliharanya, ia adalah titik yang lebih sempurna daripada semua titik di kalangan makhluk. Titik itu adalah IMAN. Jagalah iman supaya mereka tidak merosakkannya atas kerelaan anda sendiri.
Namun, terdapat satu lagi titik yang tidak boleh dihitung dengan ukuran sendi-sendi, sel-sel, pembuluh darah atau lain-lain organ manusia supaya tidak boleh dikuasai makhluk melainkan pemilik jasad itu sendiri yang berusaha memeliharanya, ia adalah titik yang lebih sempurna daripada semua titik di kalangan makhluk. Titik itu adalah IMAN. Jagalah iman supaya mereka tidak merosakkannya atas kerelaan anda sendiri.
Allah tidak memerlukan sebarang formula atau hukum sains untuk dipatuhi dalam mencipta setiap kejadian mengikut kehendak dan kekuasaan-Nya. Hukum fizik, biologi atau kimia adalah ilmu Allah. Jika Allah berkehendak mencipta sesuatu, DIA tidak perlu mengikut hukum-hukum sains. Apabila Allah berkata JADI!, MAKA JADILAH kejadian yang dikehendaki mengikut kehendak-Nya tanpa sebarang halangan. Penciptaan Nabi Isa tidak perlu mematuhi hukum sains, begitu juga penciptaan Adam dan Hawa. Begitu juga dengan unta dalam kisah Nabi Salleh. Begitu juga dengan Manna dan Salwa yang turun daripada langit sebagai hidangan kepada kaum Nabi Musa.
No comments:
Post a Comment