Saturday, May 7, 2011

ASAL USUL NAMA-NAMA HARI DALAM SEMINGGU

Nama-nama hari dalam seminggu adalah berdasarkan kepercayaan Teutonic, kepercayaan kuno kaum german lama. Dalam kepercayaan Roman pula, pada awal era Roman, sekitar abad pertama, mereka menggunakan Saturday (Sabtu) sebagai hari pertama dalam seminggu. Memandangkan ketika itu penyembahan terhadap matahari meningkat, mereka telah menganjakkan Sun’s Day ataupun Sunday (Ahad) daripada hari kedua dalam seminggu kepada hari pertama dan meletakkan hari Sabtu sebagai hari ketujuh.



Dibawah adalah penerangan serba sedikit tentang asal-usul hari-hari tersebut:

Sunday




Nama Sunday berasal dari bahasa Latin dies solis, yang membawa maksud "sun's day": nama cuti untuk penyembah berhala. Ianya juga dikenali sebagai Dominica (Latin), Hari untuk Tuhan.

French: dimanche; Italian: domenica; Spanish: domingo

German: Sonntag; Dutch: zondag. [both: 'sun-day']


Monday



Nama Monday berasal dari Anglo-Saxon monandaeg, "the moon's day". Hari kedua ini adalah hari suci khususnya untuk dewi bulan.


French: lundi; Italian: lunedi. Spanish: lunes. [from Luna, "Moon"]

German: Montag; Dutch: maandag. [both: 'moon-day']



Tuesday



Nama Tuesday berasal dari Dewa Norse Tyr. Roman menamakan nama ini sempena nama Tuhan Perang mereka Mars: dies Martis.

French: mardi; Italian: martedi; Spanish: martes.

German menggelarnya Dienstag (bermaksud "Assembly Day"), di Belanda ianya dikenali pula sebagai dinsdag, di Danmark sebagai tirsdag dan di Sweden tisdag.



Wednesday




Nama Wednesday bersempena untuk menyanjungi Wodan (Odin).
Romans menggelarkan ia dies Mercurii, sempena nama tuhan mereka Mercury.


French: mercredi; Italian: mercoledi; Spanish: miércoles.

German: Mittwoch; Dutch: woensdag.


Thursday




Nama Thursday berasal dari Dewa Norse Thor. Dalam bahasa Puak Norse, hari itu digelar sebagai Torsdag. Romans memanggil nama ini dies Jovis ("Jove's Day"), bersempena nama Jove ataupun Jupiter, Tuhan yang paling penting sekali dalam kehidupan mereka.


French: jeudi; Italian: giovedi; Spanish: jueves.

German: Donnerstag; Dutch: donderdag.



Friday


Nama Friday adalah bersempena nama Dewi Norse Frigg. Dalam Old High German, ianya dipanggil sebagai frigedag. Untuk Roman pula, ianya adalah hari suci untuk Dewi Venus, yang juga dikenali sebagai dies veneris.

French: vendredi; Italian: venerdi; Spanish: viernes.

German: Freitag ; Dutch: vrijdag.


Saturday



Ianya dikenali juga sebagai dies Saturni, "Saturn's Day", oleh Roman Kuno sebagai penghormatan untuk Saturn. Dalam bahasa Anglo-Saxon: sater daeg.


French: samedi; Italian: sabato; Spanish: sábádo.

German: Samstag; Dutch: zaterdag.

Swedish: Lördag; Danish and Norse: Lørdag ("washing day").

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...