Monday, May 9, 2011

THOR



Thor adalah watak superhero fiksyen terbitan Marvel dan ianya telah membuat aksi sulung di dalam Journey into Mystery #83 (Aug. 1962)  dan telah direka wataknya oleh pengarang plot, Stan Lee, penulis skrip Larry Lieber, dan penciller Jack Kirby.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menonton ketahyulan  filem Amerika ni. Salah satu watak yang mencukupkan ahli-ahli 'The Avengers' ini aku tonton bersama-sama isteri aku dan adik aku. Tempat yang aku pilih adalah TGV Wangsa Walk.


Pada permulaan cerita Thor, seumpama cerita Hindustan yang tetiba ada flashback. Bermulanya kisah pengembaraan Thor apabila pertabalan Thor sebagai raja di Asgard telah terganggu angkara pencerobohan puak2 Grey Gargoyles. Disebabkan marah dengan tindakan Grey Gargoyles, dia dan teman2nya menyerang planet puak gargoyles tersebut. Hasilnya adalah amarah si Odin lalu dicampakkan si thor ke bumi tanpa power langsung.



Di bumi, si Thor telah ditemui oleh awek saintis bernama jane foster. Terus terang aku katakan, dalam siri pertama Thor nih tak banyak power dia tunjukkan masa kat Bumi. Standardlah cite omputih masa nak klimaks baru tunjuk CGI tahap gile babeng punya dahsyat.



Bagi aku cite nih biasa-biasa sahaja. takde la banyak sangat aksi heroic kecuali lah last2 dia dapat power dia balik. Serius macam cite hindustan. Last2 hero mesti menang punya.



Lakonan Chris Hemsworth boleh tahan gak la. Aku percaya ramai pompuan2 kat luar nih tergila2kan badan si Chris yang berketak2 tu. Eleh, aku pun berketak2 gak ape...kan perut aje laa....hehehehe...

Apa2 hal pun saksikanlah citer Thor nih supaya dapatlah mencukupi hero2 filem avengers nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...