Friday, November 11, 2011

THE MOTHMAN (Lelaki Kupu-kupu)

Akhirnya setelah beberapa bulan menyepikan diri akhirnya AKU muncul kembali. Ramai juga yang bertanyakan contents BLOG aku ini. Maaflah sekiranya ada sesetangah isi kandungannya aku culik dari beberapa tempat yang tiada sempadan dan kurang undang-undang ini.

Baru-baru ini, aku ada menonton filem THE MOTHMAN PROPHECIES kat TV. Sebenarnya aku dah tengok dah cerita tu pada tahun 2002, tatkala masa belajar dahulu. Cerita simple saja. Pasal seorang lelaki yang terperangkap dalam kisah silam dan misteri di sebalik kisah silam beliau bersangkut paut dengan MOTHMAN.

APA ITU MOTHMAN?

Berdasarkan pengertian di Wikipedia, Mothman adalah makhluk mistik yang wujudnya di sesuatu kawasan itu adalah kerana disebabkan ada tragedi besar yang bakal berlaku d tempat tersebut.



















(grafik aje...)


SEJARAH MOTHMAN

Mothman telah diketemukan buat kali pertama pada tahun 1966 oleh  2 pasang couple dari Point Pleasant, Roger dan Linda Scarberry,  Steve dan Mary Mallette. Mereka beritahu polis yang mereka telah ternampak lembaga besar berwarna putih dengan mata yang merah menyala apabila lampu kereta menyuluh ke arahnya. Mereka menggambarkan penemuan mereka sebagai 'Lelaki Terbang dengan Sayap Sebesar 10 KAKI'. Lembaga tersebut mengekori kereta mereka sehingga tapak letupan ketika perang dunia kedua. Bagi aku, entah betul atau tidak tetapi peristiwa kedua juga cuba menyapport peristiwa pertama. Peristiwa kedua ditemui oleh 2 orang ahli bomba. (Takkan ahli bomba nak tipu pulak kan?)





















(Sighting of supposed to be claim as mothman...)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...