John Wayne Gacy, Jr. (March 17, 1942 – May 10, 1994)

Dalam jangka masa 6 tahun sahaja, John Wayne Gacy telah merogol dan membunuh 33 kanak-kanak lelaki. Ketika tangkapan dibuat, didapati 27 mayat2 mangsanya berada di suatu ruang di bawah rumahnya. Selebihnya dijumpai di sungai yang terdekat. Gelarannya sebagai 'POGO THE CLOWN" dan "THE KILLER CLOWN" diambil disebabkan dia bekerja sebagai badut di parti2 kelahiran kanak2. Pada 10 may 1994, dia telah dihukum mati dengan suntikan maut. (Teringat pula pada cerita STEPHEN KING'S IT, di mana alien menyamar jadik clown dan makan budak)
Theodore Robert Bundy (November 24, 1946 – January 24, 1989)

Walaupun dia telah dihukum mati di atas kerusi elektrik pada tahun 1989, nama Ted Bundy masih menjadi igauan ngeri kerana pembunuhan kejam yang telah dia lakukan pada sekitar tahun 1974. Berakhir pada tahun 1978, Bundy telah membunuh sekurang-kurangnya 29 orang tetapi mengaku bersalah kerana membunuh 30 orang tapi tetap menjadi suspek untuk kematian lebih 100 nyawa. Dia tidak membunuh mangsa sebegitu sahaja. Bundy lebih suka bergelut dan kadangkala memukul mangsa sehingga mati. Dia selalu merogol mangsa dan mangsa dirogol tidak kira dalam keadaan hidup atau MATI!. (Gilee...)
Serhiy Tkach (1952 – Sekarang)

A worst-case senario bila polis sendiri menjadi jahat. Tkach adalah Polis Ukrain yang menghabiskan lebih 2 dekad untuk membunuh sekurang-kurangnya 29 perempuan selalunya remaja dan pra-remaja. Dia telah dibicarakan pada tahun 2005 dan dihukum penjara seumr hidup. Kiraan pembunuhan yang dibuat oleh Tkach tidak jelas kerana dia mengaku membunuh antara 80-100 mangsa. Dia menyalahkan bekas isterinya untuk perbuatan gila beliau dan dia selalunya merogol mangsa sebelum membunuhnya.
No comments:
Post a Comment