Monday, November 14, 2011
THE ADVENTURES OF TINTIN
Hari Ahad. 13/11/2011. Hari ini aku menonton The Adventures of TinTin. Lama gak tak dengar pasal kartun Belgian ni. Aku boleh dikirakan penggemar kartun ini sebab masa kecik2 dulu aku selalu lepak kat kedai buku masa mak aku shopping kat JUSCO Melaka.
Adegan ala-ala Indiana Jones
Basically, TinTin merupakan wartawan yang sangat adventurous. Ditemani Snowy, anjing yang bijak, dia telah menyelesaikan banyak misteri. TinTin adalah seorang yang sangat curious dan dalam movie ini, dia telah terlibat dalam kes kapal Unicorn. Movie animasi CGI 3D nih diarahkan oleh pengarah Yahudi tersohor, Stephen Spielberg. So expect la cerita ini macam ada persamaan dengan Indiana Jones tapi versi TinTin.
Untuk watak tambahan adalah Captain Haddock iaitu generasi daripada Sir Francis Haddock, nakhoda kapal Unicorn.
Captain Haddock.... Perangai macam siot aje.
Aku rekomen tengok cite ni hanya untuk penggemar2 kartun TinTin kerana jalan cerita sedikit berat dan watak2 yang terjana dari CGI sangat realistik. Kalau kanak2 yang tonton mesti bosan. Serius... Aku bagi 3 1/2 bintang untuk cite nih... selamat menonton! Kat bawah nih link untuk trailer dia. ENJOY!!
p/s: kalau rasa2 ada anak kecik, bawah 5 tahun. tak payah lah nak bawak tengok cite nih. pengalaman aku tadi, bebudak siap main kejor2 kat dalam panggung wayang TGV Wangsa Walk. Macam siot aje... So, kalau rasa2 nak jadik mak bapak yang tidak bertanggungjawab, cuba la buat mcm tu....
Category:
Movie Review
No comments:
Post a Comment