Monday, November 14, 2011
ADORABLE BABY CHUN-LI
Comel nye baby chun li nih. Ni mesti mak bapak dia kaki cosplay, so drag anak sekali join... Aduyai...

Lukisan Dari Ratusan Gambar2 Kecil

BAROCK, 2010, 160 cm X 160cm
Art in Art. Itulah masterpiece yang dibuat oleh Mr Maxim Ksuta,40, seorang sejarahwan dan pelukis dari Rusia. Beliau dari Tsiolkovsky Aviation Institute, mengambil pelajaran lukisan sebagai untuk memenuhi masa lapang. Beliau tinggal dan bekerja di Moscow.

Melalui Art In Art, Ksuta telah berjaya menghasilkan potret wajah manusia dengan menggunakan bertus-ratus gambar kecil rakan-rakannya. Ksuta telah mengumpulkan karya seni dari zaman klasik sehinggalah ke zaman moden kini seperti lukisan, foto, patung sehinggalah ke motif senibina. Di bawah ini disertakan sedikit contoh hasil karya beliau serta ekperimentasi beliau dalam seni. ENJOY
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA
Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
Credit kepada : Laman Web Tanbihul Ghafilin
THE ADVENTURES OF TINTIN
Hari Ahad. 13/11/2011. Hari ini aku menonton The Adventures of TinTin. Lama gak tak dengar pasal kartun Belgian ni. Aku boleh dikirakan penggemar kartun ini sebab masa kecik2 dulu aku selalu lepak kat kedai buku masa mak aku shopping kat JUSCO Melaka.
Adegan ala-ala Indiana Jones
20 PEMBUNUH BERSIRI BERPROLIFIK SEPANJANG ZAMAN (BHG 1)
Pembunuh Bersiri, satu gelaran yang umpama mimpi ngeri bagi manusia. Mereka adalah pemburu yang berkeliaran di samping kita, tanpa kita ketahui bilakah dia akan membunuh. Mereka selalunya bijak dalam meloloskan diri dari tangkapan polis dan mengambil masa yang lama untuk menangkap mereka. Berikut adalah 20 pembunuh bersiri berprolifik sepanjang zaman.
John Wayne Gacy, Jr. (March 17, 1942 – May 10, 1994)
Dalam jangka masa 6 tahun sahaja, John Wayne Gacy telah merogol dan membunuh 33 kanak-kanak lelaki. Ketika tangkapan dibuat, didapati 27 mayat2 mangsanya berada di suatu ruang di bawah rumahnya. Selebihnya dijumpai di sungai yang terdekat. Gelarannya sebagai 'POGO THE CLOWN" dan "THE KILLER CLOWN" diambil disebabkan dia bekerja sebagai badut di parti2 kelahiran kanak2. Pada 10 may 1994, dia telah dihukum mati dengan suntikan maut. (Teringat pula pada cerita STEPHEN KING'S IT, di mana alien menyamar jadik clown dan makan budak)
Theodore Robert Bundy (November 24, 1946 – January 24, 1989)

Friday, November 11, 2011
THE MOTHMAN (Lelaki Kupu-kupu)
Akhirnya setelah beberapa bulan menyepikan diri akhirnya AKU muncul kembali. Ramai juga yang bertanyakan contents BLOG aku ini. Maaflah sekiranya ada sesetangah isi kandungannya aku culik dari beberapa tempat yang tiada sempadan dan kurang undang-undang ini.
Baru-baru ini, aku ada menonton filem THE MOTHMAN PROPHECIES kat TV. Sebenarnya aku dah tengok dah cerita tu pada tahun 2002, tatkala masa belajar dahulu. Cerita simple saja. Pasal seorang lelaki yang terperangkap dalam kisah silam dan misteri di sebalik kisah silam beliau bersangkut paut dengan MOTHMAN.
APA ITU MOTHMAN?
Berdasarkan pengertian di Wikipedia, Mothman adalah makhluk mistik yang wujudnya di sesuatu kawasan itu adalah kerana disebabkan ada tragedi besar yang bakal berlaku d tempat tersebut.

Subscribe to:
Posts (Atom)